msen
FAQ BM CONTACT BM FEEDBACK BM SITEMAP BM

                          

  • 09 - 748 5089/ 09 - 748 1957
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Sun - Thu 08.00: 17:00

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

 

Perutusan Pengerusi - SPN Kelantan

UTAMA  /  MENGENAI KAMI /  Perutusan Pengerusi - SPN Kelantan

 

Perutusan Pengerusi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat mewujudkan laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ini untuk kemudahan semua.

Dalam merentasi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan berbangga untuk berkongsi informasi dengan menyumbang sesuatu yang cukup bermakna ke arah menyalurkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.

Pembangunan laman web ini merupakan salah satu pelan tindakan jabatan bagi meningkatkan kualiti dan pengetahuan dalam bidang ICT. Dengan ini adalah diharapkan perkembangan teknologi di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan setanding bukan sahaja dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain, malah dengan pihak swasta di negara ini. Ini merupakan salah satu usaha warga SPN untuk mencapai visi dan misi jabatan.

Saya berharap masyarakat dapat mengaplikasikan laman ini dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh pelayaran dalam pencarian sumber maklumat yang ingin digapai. Laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa supaya kami sentiasa dapat memberikan informasi terkini kepada pelayar.

Saya berasa amat bangga dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas usaha gigih pegawai dan kakitangan yang terlibat hingga lahirnya lama web ini. Kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anda, namun tentulah ada ketikanya sukar untuk melahirkan situasi kepuasan seratus peratus atau sifar kesilapan. Justeru itu, komen bernas anda amat kami alu-alukan agar ianya mampu membangkitkan sedikit sebanyak kelemahan yang ada. Semoga anda mendapat informasi yang releven selepas melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 

YBM. Dato' Tengku Mohamed Rizam bin Tengku Abdul Aziz,
(TENGKU TEMENGGONG KELANTAN)

Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

  • Kemaskini Terakhir : Wednesday 30 October 2019.

© Hakcipta Terpelihara 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini.