Isnin 6 Zulkaedah 1435 H

Panduan Temuduga

ASPEK TEMU DUGA

Terdapat dua aspek utama dalam temu duga. Aspek-aspek itu ialah:

a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa temu duga

 

PERSEDIAAN

1. Selidik seberapa banyak maklumat  tentang pekerjaan yang anda pohon itu.

2. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temu duga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat  temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

3. Pakai pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.

4. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemu duga.

5. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemu duga.

 

TINGKAH LAKU

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGAN gementar. Sentiasa tenang. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut kepada keadaan waktu. Ini akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemu duga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemu duga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemu duga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.
  7. Biarkan penemu duga itu memulakan temu duga.
  8. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemu duga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemu duga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
  10. Gunakan perkataan seperti Dato' atau Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari semasa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  11. Jangan menyampuk semasa penemu duga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temu duga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu.
  15. Bersedia memberitahu penemu duga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temu duga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  21. Biarkan penemuduga itu menamatkan temu duga.
  22. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temu duga itu
 

HAKCIPTA © 2013 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN,
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 1280x1024 ke atas.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ....................-------------..----..................

Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu, Kelantan TEL : 09-7485089 FAX : 09-7486884 EMAIL : spn[at]kelantan.gov.my

Maklumat dalam laman web ini telah dikemaskinikan pada : 10 OGOS 2014

Masa halaman dijana