Isnin 6 Zulkaedah 1435 H

Cara Memohon

Permohonan jawatan adalah dibuat SEPENUHNYA SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) menggunakan Sistem Permohonan Jawatan, eSPN Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dengan melayari alamat http://espn.kelantan.gov.my.

Permohonan dikehendaki mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum melengkapkan borang online SPN.KN. 1 – Pin 1/2013.

UMUR :

1. Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.

AM :

1. Penggunaan borang manualSPN. KN. 1 – Pin 2/2005 TIDAK LAGI digunapakai untuk permohonan jawatan ini. 
2. Permohonan yang tidak menggunakan Sistem eSPN akan DITOLAK.
3. Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengisi secara online menggunakan Sistem eSPN dengan mengisi maklumat tambahan di bahagian     Sedang Berkhidmat/PSL dan mengemukakan Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A). Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D), salinan Laporan Penilaian Prestasi tahun terakhir dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini. Sila muat turun Lampiran A dan Lampiran D di Sistem eSPN. 
4. Dokumen-dokumen dan salinan sijil hanya perlu dihantar setelah diminta oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
5. Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), emel dan Sistem eSPN   Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada surat akan dihantar.
6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6)bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 15 Januari 2014 17:12

 

HAKCIPTA © 2013 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN,
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 1280x1024 ke atas.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ....................-------------..----..................

Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu, Kelantan TEL : 09-7485089 FAX : 09-7486884 EMAIL : spn[at]kelantan.gov.my

Maklumat dalam laman web ini telah dikemaskinikan pada : 28 OGOS 2014

Masa halaman dijana