msen
FAQ BM CONTACT BM FEEDBACK BM SITEMAP BM

                          

  • 09 - 748 5089/ 09 - 748 1957
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Sun - Thu 08.00: 17:00
Selamat

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

selamat_datang
Selamat
alt="mobile"

Pemantapan Prosedur Tatatertib Penjawat Awam

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Kota Bharu – Pada 22 Mei 2012 (Selasa) yang lalu pihak Suruhanjaya telah mengadakan satu taklimat serta khidmat nasihat mengenai pemantapan prosedur tatatertib penjawat awam. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan di Kompleks Kota Darulnaim yang bermula pada jam 11 pagi.

Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Penasihat Undang-undang Negeri serta wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), SUK Kelantan. Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah dijemput bagi mengadakan taklimat serta memberI khidmat nasihat sepanjang taklimat ini berlangsung.

Taklimat ini bertujuan bagi mendapatkan cadangan dan pandangan daripada semua yang terlibat berkenaan kes-kes yang melibatkan urusan tatatertib Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan implikasi perundangan yang berkaitan dengannya.

Taklimat diakhiri dengan jamuan makan tengahari.


  • Kemaskini Terakhir : Tuesday 03 September 2024.

polisi privasi

© Hakcipta Terpelihara 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini.

KELGOV PPST
Polisi