msen
FAQ BM CONTACT BM FEEDBACK BM SITEMAP BM

                          

  • 09 - 748 5089/ 09 - 748 1957
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Sun - Thu 08.00: 17:00
Selamat

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

selamat_datang
Selamat
alt="mobile"

Pelanjutan Tempoh Percubaan

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan, merujuk kepada - Peraturan 29(2) & (4) dan 30(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] ;

  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini;
  • Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat Perkhidmatan; dan
  • Senarai peperiksaan (jika ada) yang telah lulus berserta dengan tarikh.

3. Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?
Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.

Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan.


  • Kemaskini Terakhir : Thursday 29 February 2024.

polisi privasi

© Hakcipta Terpelihara 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini.

KELGOV PPST
Polisi