msen
FAQ BM CONTACT BM FEEDBACK BM SITEMAP BM

                          

  • 09 - 748 5089/ 09 - 748 1957
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Sun - Thu 08.00: 17:00
Selamat

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

selamat_datang
Selamat
alt="mobile"

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

1. Apakah maksud Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima 1 tahun dan maksima 3 tahun.

2. Apakah tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Pengesahan Dalam Perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan Peraturan 29, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012]. Bagi membolehkan seseorang pegawai disahkan dalam Perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima 1 tahun dan maksima 3 tahun.

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi perlu menyediakan dokumen berikut (setelah seseorang pegawai memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan) untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:
• Perakuan daripada Ketua Jabatan mengikut format Jadual Ketiga Peraturan 29, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
• Salinan kenyataan mengenai pegawai lulus peperiksaan-peperiksaan dan Program Transformasi Minda (PTM) dan kursus atau latihan yang berkenaan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan dan tarikh-tarikh menduduki peperiksaan/menghadiri PTM/kursus atau latihan serta salinan-salinan sijil berkenaan;
• Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
• Borang asal opsyen sama ada bersetuju/tidak bersetuju memilih skim KWSP mengikut format Jadual Kelima, peraturan di atas; dan
• Surat pertuduhan tatatertib, surat keputusan Lembaga Tatatertib atau perakuan khas Ketua Jabatan, bagi pegawai yang melakukan kesalahan tatatertib dalam tempoh percubaan.

4. Bagaimanakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menentukan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan seseorang pegawai?
Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima 1 tahun dan maksima 3 tahun.

Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai ditentukan sebagaimana berikut:
• Sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan setelah mematuhi syarat yang ditetapkan; dan / atau
• Sehari selepas menghadiri dengan jayanya kursus yang disyaratkan;
• Sehari selepas menghadiri dengan jayanya Program Transformasi Minda;
• Sehari selepas menduduki peperiksaan yang dilulusinya;
• Sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen; dan
• Sehari selepas tarikh perakuan Ketua Jabatan bagi yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan.


  • Kemaskini Terakhir : Thursday 29 February 2024.

polisi privasi

© Hakcipta Terpelihara 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini.

KELGOV PPST
Polisi