Kota Bharu- Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan telah mengadakan satu Ujian Trengkas pada 10 Mac 2013 bermula pada jam 9 pagi hingga 11 pagi yang diadakan di Makmal Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Ujian trengkas ini dijalankan bertujuan untuk mendapat kelayakan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17. Seramai 35 orang calon yang terlibat dengan ujian trengkas ini dan hanya 15 orang sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.