Pemohon mestilah sentiasa melayari Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan untuk mengetahui iklan jawatan terkini yang disiarkan. Ini kerana pemohon perlu mengisi jawatan yang diminta berdasarkan iklan jawatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Permohonan jawatan mestilah melalui Sistem Permohonan Jawatan Kosong SPN Kelantan iaitu Sistem eSPN Kelantan pada pautan https://espn.kelantan.gov.my/. Sekiranya pemohon tidak memohon/kemaskini maklumat permohonan jawatan semasa tempoh iklan disiarkan (masa iklan adalah selama dua minggu) serta mengesahkan maklumat permohonan dengan mengisi ruangan Pengakuan Pemohon, Urusetia tidak bertanggungjawab jika pemohon tidak layak untuk dipanggil temuduga meskipun pemohon telah mengisi maklumat sebelum tempoh iklan jawatan disiarkan.