msen
FAQ BM CONTACT BM FEEDBACK BM SITEMAP BM

                          

  • 09 - 748 5089/ 09 - 748 1957
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Sun - Thu 08.00: 17:00
Selamat

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

selamat_datang
Selamat
alt="mobile"

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.


User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

1. Memilih dan melantik pegawai dan kakitangan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam pentadbiran negeri bagi semua kategori.

2. Bertanggungjawab kepada kelulusan permohonan.

  1. Pengesahan dalam perkhidmatan.
  2. Pemberian taraf berpencen.
  3. Pelanjutan tempoh percubaan.
  4. Pelarasan mata gaji.

3. Menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai/kakitangan pentadbiran negeri dengan matlamat untuk menjaga mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam negeri dan juga bagi membangun kerjaya anggota perkhidmtan negeri.

4. Sebagai Jemaah Ulangbicara Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri (JUBKP) bagi jawatan dalam Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Profesional dan Sokongan.

5. Sebagai Jemaah Ulang Bicara Tatatertib Perkhidmatan Awam (JUBTT).


User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN

TAHUN 2022

 

 

 

 

  JANJI

 

Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

 

Tidak Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

 

Jumlah Perkhidmatan

 

Jumlah Menepati Standard

 

% Menepati Standard

 

Jumlah Tidak Menepati Standard

 

% Tidak Menepati Standard 

 

01 Januari 2022 hingga

30 November 2022

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

 
1.


Menguruskan permohonan pengesahan dalam perkhidmatan

 

162

 

100%

 

0

 

0%

 

162

 
2.


Menguruskan permohonan pemberian taraf berpencen

 

160

 

100%

 

0

 

0%

 

160

 
3.


Menguruskan permohonan pelanjutan tempoh percubaan

 

40

 

90.9%

 

4

 

9.1%

 

44

 
4.


Menguruskan permohonan pelarasan mata gaji berkhidmat

 

15

 

88.2%

 

2

 

11.8%

 

17

 


  • Kemaskini Terakhir : Thursday 29 February 2024.

polisi privasi

© Hakcipta Terpelihara 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Firefox atau Chrome yang terkini.

KELGOV PPST
Polisi