Ahli-Ahli Suruhanjaya - SPN Kelantan
ORGANISASI
Ahli-Ahli Suruhanjaya - SPN Kelantan
Ahli-Ahli Suruhanjaya - SPN Kelantan
- Hits: 5424
Ahli-Ahli Suruhanjaya - SPN Kelantan
Ahli-Ahli Suruhanjaya - SPN Kelantan
Misi & Visi
Misi & Visi
FUNGSI
Fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan di bawah Perkara 61 Fasal 9 Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri kelantan adalah meliputi perkara-perkara berikut:
MISI
Melantik pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan dengan telus dan teratur serta memastikan pemilihan dibuat kepada calon-calon yang berkelayakan, kompeten serta berintegriti agar dapat menjalankan tugas dengan komited, jujur dan profesional.
VISI
Menjadi badan peneraju kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.
Objektif
Objektif
1. Memilih dan melantik pegawai dan kakitangan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam pentadbiran negeri bagi semua kategori.
2. Bertanggungjawab kepada kelulusan permohonan.
3. Menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai/kakitangan pentadbiran negeri dengan matlamat untuk menjaga mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam negeri dan juga bagi membangun kerjaya anggota perkhidmtan negeri.
4. Sebagai Jemaah Ulangbicara Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri (JUBKP) bagi jawatan dalam Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Profesional dan Sokongan.
5. Sebagai Jemaah Ulang Bicara Tatatertib Perkhidmatan Awam (JUBTT).
Latar Belakang
Latar Belakang
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.
Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.
Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.
PENGUMUMAN
Aktiviti Terkini
Panduan Temu Duga
Video Gallery