Skip to main content
faq phone maklumbalas direktori.png
  Soalan Lazim     Hubungi Kami     Maklum Balas     Peta Laman  

IKLAN JAWATAN KOSONG BIL. 2/2019

Teks ini hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Text available only in Malay

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29

2 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

TARAF PERKHIDMATAN: TETAP

Syarat-syarat kelayakan permohonan bagi setiap jawatan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di sini.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan ini https://putra12.spa.gov.my

2. Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA bagi membuat permohonan ini.

TARIKH PERMOHONAN :

25 Jun 2019 hingga 08 Julai 2019 (Isnin) jam 11.59 malam.

UMUR

Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.

CATATAN AM :

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada surat akan dihantar.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)

  • Hits: 57583
KELGOV PPST
Polisi
KELGOV PPST

SEO-LAMAN WEB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN

Dasar Keselamatan ICT