Skip to main content
faq phone maklumbalas direktori.png
  Soalan Lazim     Hubungi Kami     Maklum Balas     Peta Laman  

Jemputan Temu Duga Melalui Emel

Bagi calon yang layak dipanggil temuduga, emel jemputan akan dihantar ke akaun emel calon. Sekiranya calon tidak menerima emel jemputan pada inbox, calon disarankan untuk menyemak junk mail atau folder spam, kerana emel tersebut mungkin ditapis secara automatik oleh pembekal perkhidmatan emel calon.

  • Hits: 23198

Maklumat Berkaitan Temuduga

1. Pemohon yang berjaya untuk dipanggil temuduga akan dimaklumkan oleh Urusetia melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) melalui nombor telefon yang diisi dalam sistem permohonan oleh pemohon. Pemohon juga boleh menyemak melalui laman web ini. Sistem Semakan Temuduga hanya boleh dicapai apabila adanya sesi temuduga.

2. Calon yang berjaya dalam sesi temuduga akan dihubungi oleh Urusetia melalui telefon dan juga calon boleh membuat semakan melalui laman web ini setelah keputusan temuduga selesai. Sistem Semakan Berjaya Temuduga boleh disemak setelah sesi temuduga yang dijalankan selesai dan calon boleh membuat semakan setelah tempoh masa tertentu.

  • Hits: 40099

Maklumat Berkaitan Iklan Jawatan Kosong

Pemohon mestilah sentiasa melayari Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan untuk mengetahui iklan jawatan terkini yang disiarkan. Ini kerana pemohon perlu mengisi jawatan yang diminta berdasarkan iklan jawatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Permohonan jawatan mestilah melalui Sistem Permohonan Jawatan Kosong SPN Kelantan iaitu Sistem eSPN Kelantan pada pautan https://espn.kelantan.gov.my/. Sekiranya pemohon tidak memohon/kemaskini maklumat permohonan jawatan semasa tempoh iklan disiarkan (masa iklan adalah selama dua minggu) serta mengesahkan maklumat permohonan dengan mengisi ruangan Pengakuan Pemohon, Urusetia tidak bertanggungjawab jika pemohon tidak layak untuk dipanggil temuduga meskipun pemohon telah mengisi maklumat sebelum tempoh iklan jawatan disiarkan.

  • Hits: 99203

Laman Web SPN Kelantan Berwajah Baharu

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dengan berbesar hati memperkenalkan laman web rasmi yang diberi wajah baharu yang lebih menarik, dinamik, informatif dan sesuai dengan kecenderungan pengunjung masa kini.

  • Hits: 14077
KELGOV PPST
Polisi
KELGOV PPST

SEO-LAMAN WEB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN

Dasar Keselamatan ICT