Pelantikan Secara Kontrak
Bagi mengatasi masalah mendapatkan calon-calon yang sesuai bagi jawatan-jawatan tertentu, Suruhanjaya memberikan
persetujuan dalam meluluskan perlantikan berkenaan secara kontrak.
- Hits: 3534
Bagi mengatasi masalah mendapatkan calon-calon yang sesuai bagi jawatan-jawatan tertentu, Suruhanjaya memberikan
persetujuan dalam meluluskan perlantikan berkenaan secara kontrak.
Anggota perkhidmatan negeri Terengganu yang tidak berpuas hati di atas keputusan yang di buat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan Lembaga Tatatertib boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan melalui lembaga yang berkenaan. Lembaga Rayuan telah menetapkan dokumen-dokumen berikut dikembarkan bersama apabila mengangkat rayuan.
a) Rayuan Kenaikan Pangkat
- Butir-butir pihak merayu
- Surat Rayuan
- Ulasan Ketua Jabatan atas rayuan
- Ringkasan perjalanan dan alasan-alasan pihak lembaga membuat keputusan yang bersangkutan dengan rayuan.
- Kenyataan Perkhidmatan pihak perayu yang dikemaskini dan terkini.
- Laporan prestasi bagi dua tahun yang lepas dan laporan prestasi khas mengenai pihak perayu.
* Disediakan dalam tujuh (7) salinan
b) Rayuan Tatatertib
- Butir-butir mengenai pihak perayu
- Surat Rayuan
- Ulasan Ketua Jabatan atas rayuan
- Ringkasan perjalanan dan alasan-alasan lembaga membuat keputusan yang bersangkutan dengan rayuan
- Ulasan lembaga atas rayuan
Rayuan yang diterima ialah berhubung dengan tawaran gaji kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Rayuan dibahagikan kepada tiga(3) peringkat seperti berikut:
a) Anggota pertama kali dilantik yang merayu untuk mendapatkan tawaran gaji permulaan yang lebih tinggi.
b) Bekas anggota tentera yang pertama kali dilantik kepada suatu jawatan dalam bidang awam.
c) Anggota sedang berkhidmat apabila dilantik kepada suatu jawatan lain, di mana gaji permulaan yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada apa yang mereka terima semasa dalam jawatan lama.
Semasa mengemukakan permohonan, jabatan hendaklah mengemukan dokuman berikut:
a) Surat permohonan dari anggota
b) Kenyataan Perkhidmatan
c) Buku Rekod Perkhidmatan Tentera (Bagi bekas anggota tentera)
Semua perlantikan ditawarkan taraf jawatan tetap. Sebelum disahkan dalam perkhidmatan, anggota diberi pilihan samada terus memilih jawatan tetap dan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau memilih taraf jawatan berpencen dan berhenti mencarum kepada KWSP. Anggota layak diberi taraf berpencen apabila:
a) Berkhidmat tidak kurang dari 3 (Tiga) tahun.
b) Memilih opsyen Skim Pencen mengikut Peraturan 6A Pindaan Akta Pencen 1980.
c) Diperakui oleh Ketua Jabatan.
Anggota yang pertama kali dilantik diisyaratkan menjalani tempoh percubaan selama tiga(3) tahun. Mereka layak disahkan dalam perkhidmatan apabila:
a) Memenuhi tempoh percubaan
b) Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (Jika Berkenaan)
c) Hadir dengan jaya kursus Induksi
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perjawatan
Anggota yang dilantik secara KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) layak disahkan dalam perjawatan apabila:
a) Hadir dengan jaya Kursus Induksi
b) Berkhidmat lebih dari satu tahun dalam jawatan KPSL